AIZUDDIN's BLOG

welcome

BERTEKAD

Published by Putera_Sabah under on 16:04
Bukan tidak pernah mencuba untuk merasionalkan diri... Bukan aku tidak berusaha untuk melupakan tragedi yang menyakitkan hati...jauh skali untuk aku berdendam dengan sesiapa dalam hal yang remeh seperti ini...

13/11/2010 sudah menjadi satu hari yang penuh dengan satu pengajaran...
seperti kata orang, panas setahun bisa hilang oleh hujan sehari...

Ya!!! peristiwa 3 tahun kembali berulang dalam tempoh 24 jam... Tatkala yang berjanji tidak menepati, Yang sepatutnya wujud, tidak menghadirkan diri... Yang sepatutnya bergerak, sekadar duduk bergoyang kaki... yang sepatutnya berlari, masih baring dan tertidur lagi...

3 tentera tua sedang berjuang menjaga kawasan taklukan...sementara hampir 20 tentera muda entah hilang ke mana... Rasa diri ini seperti 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'

Bukan tidak mengerti, tapi...jangan pernah dilafazkan janji kalau tidak boleh ditepati, jangan dilakarkan impian kalau skadar ingin dikuburkan sebagai mimpi, jangan memberi harapan kalau sekadar mengharap datangnya kuasa sakti...

YES!!! I am totally disappointed, bukan pada mana-mana individu, bukan kepada 'MEREKA'
Tapi pada diri sendiri.. Kenapa perlu aku berada di situ lagi?? bukankah semua orang asyik mencari dan mengejar kepentingan diri???

Sementara aku?? Mengorbankan matlamat dan mimpi, hanya kerana ingin memenuhi janji... Janji yang bagi mereka boleh dilupakan sesuka hati.. Bukan aku kecewa dan ingin melarikan diri.. Cukup perkara ini diinsafi, agar kelak tidak berulang kembali...

Banyak perkara penting terpaksa aku lepaskan, terpaksa aku hindari hanya semata-mata ingin memfokuskan kepada mereka yang bersemangat dan menarik rasa terujaku untuk meneruskan perjuangan dan legasi ini.. Namun... perkara 3 tahun itu seolah-olah berputar lagi... Dan bila terkena batang hidung sendiri, baru aku faham...situasi ini seolah-olah sudah basi... Mmg yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti... Aku berharap mereka akan terus maju dan gemilang... meskipun aku tidak bersama mereka lagi...

CUKUP atas apa yang telah berlaku, jangan ditambah lagi keperitan dan kekecewaan secara berganda dalam diri ini... PERCAYALAH!!! tidak timbul sedikit rasa dendam atau membenci... Cuma bagi ruang dan peluang... Untuk sama-sama bermuhasabah diri... mencari sesuatu yang pasti...

saya mohon permisi dan mohon mengundur diri... DAN, bukan sy minta dipujuk atau ditemui... TOLONG jangan call atau msg sy untuk membincangkan sebarang aktiviti tentang perkara itu lagi...Saya sudah tawar hati...saya sudah hilang minat dan hobi... Saya sdah tidak seperti dulu lagi.. SAYA INGIN BERHENTI!!!

Maaf buat yang terasa hati... Terima kasih buat semua yang pernah menabur budi dan bakti... Saya tetap ingat setiap jasa dan pengorbanan yang kalian lakukan sehingga saya pernah ke puncak tinggi... Maaf kerana perjuangan ini terpaksa terhenti di sini... ya TERNOKTAH DI SINI!!!

Teruskan perjuangan kalian...sy tetap mendoakan yang terbaik untuk semua...tetap mengharap janji kalian di kota..tetap membantu sedaya upaya...tapi sudah pasti bukan seperti dahulu kala... kerana sy khuatir pisang berbuah untuk kali yang kedua... Maaf yg sy pinta!!! Dan saya bertekad, sy maksudkan apa yang telah dikata..Kata mesti dikota... Selamat tinggal minat yang pernah dicinta, hobi yang selalu merasuk jiwa...

0 comments:

Post a Comment