Penat dan Rimas + BOSAN
Published by Putera_Sabah under on 06:41Arghhhhh..... Tension betul aku sejak kebelakangan ini...
macam-macam perkara dan pelbagai situasi,
tragedi dan peristiwa yang datang dgn pelbagai variasi...
....................................................................................................................
Sementara menunggunya hari isnin menjelang tiba,
aku lantas mencari aktiviti untuk mengisi masa,
terjumpalah web tentang hari kerjaya..
PWTC menjadi tempat graduan mencari kerja...
...................................................................................................................
malas la guna ayat beritma,
rasa mcm tambah pening kepala...
ok..bangun jak pagi tadi aku terus bergegas bersiap mandi dan bersiap-siap untuk bergerak ke pejabat pos laju petaling jaya bersama haddie...
dalam google maps, perjalanan hanya dalam 10-15 minit...dan disebabkan kami tidak ada gps, jadilah perjalanan tersebut selama 55 minit...hwa..hwa...
akhirnya barangan tersebut aku terima dan terus bergegas untuk menunaikan solat jumaat..
Selepas solat jumaat, terus menggunakan pakaian formal dan bergerak ke PWTC... Sebelum tu adalah juga beberapa orang antara 'mereka' yg sms dan call aku... sblm ni kan, cepat aku reply dan contact dorang semula...Tapi Skg??? tidak terungkap dek kata...
K, malas mau mood touching-touching... Let's continue,
aku,haddie sama jib pun dengan penuh karisma, melangkah ke PWTC... berharap adalah peluang yang menanti...
Pjalanan daripada Setia Jaya ke stesen Putra mengambil masa lebih kurang 30 minit la... Sampai sana hujan renyai2... Apapun itu tidak mematahkan semangat untuk kami melangkahkan kaki...
Sampai PWTC, perkara pertama yang kami lakukan adalah sesi fotografi...haha...so happy with both of them...aku mcm biasa la...potogenik la katakan...
pastu mulalah isi borang, dapatkan sticker 'visitor' dan mula menjelajah...
Aku mula mencari kerjaya..Haddie cari company untuk internship..Ojib pula jadi sgt famous hari ini..ramai orang yang dikenalinya dan ditemui..dan seperti biasa menjadi jurukamera..hehe...
Firstly aku p register kat jobsmalaysia... Kesian akak tu explain mcm2...lastly dia suruh aku daftar, then aku gtau yang aku dh daftar...
"awat tak habaq?" kata akak tu..sah from utara..hehe..
akak tu pun respond, "awak dari mana?"
"Sabah.."
"maksud akak, universiti mana??"
"UNIRAZAK"
---blur---
"UNITAR"
'oooooo'
"ok kak, terima kasih ya"
(bagi aku penanda buku)
------------------------------------------------------------------
Pastu aku mula la hantar resume kat mana2 booth yang aku singgah...
aku pun tak berapa ingat kronologi cerita...
tapi hasil hari kerjaya hari ini, terdapat 2 tawaran yang paling best bagi aku...
1) Eksekutif Sumber Manusia (HR)
Honda, Alor Gajah Melaka
Honda, Alor Gajah Melaka
2) Assistant Manager KFC Restaurant
............................................................................................................................
Untuk jawatan 1, aku masih tak confirm dapat atau tak..akak tu kata, klu rezeki dapatlah tu.. tapi kena stay kat Melaka...
Untuk Jawatan 2.. Usai aku melangkah keluar dari pintu PWTC, person in charge dah kol aku suh terima jawatan itu... Haddie ngan ojib ketawa kelucuan...haha..aku plak cam blur...
arghhhh....terima atau tolak??
sampai skg aku tak bagi jawapan..harap orang tu faham...bukan aku menolak rezeki, tapi kerja itu tak berapa kena dengan minat dan hobi...
......................................................................................................................................
aku bukan jenis demand tinggi...tapi klu aku minat, mmg aku sanggup terima apa saja...tapi itulah hakikat dan ketentuan-Nya, ada yang terbaik bagi yang bersabar...
Actually, offer stakat ni semuanya bukan bidang aku ceburi...Human resources, management dan lain-lain...aku sendiri pun belum ada kata putus untuk terima atau tak...
...................................................................................................................................................
apapun, sudah banyak peluang yang terlepas...semuanya salah aku sendiri... apa boleh buat, dah namanya bukan rezeki...
.......................................................................................................................................................
Isnin ni, aku berjuang sekali lagi...untuk mencapai setiap impian dan harapan....
Semoga diizinkan-Nya....
.......................................................................................................................................................
Sebab terlalu memikirkan mereka, aku terlepas banyak benda....
semoga perkara yang sama tidak akan terlepas semula...
KKTM(PJ), UPM, UiTM--> mungkin bukan jodoh kita... :-(
pengajaran--> rajin2lah check email...
Masih menunggu tawaran daripada MARA (Pegawai pendidikan Siswazah)..Kalau rezeki tidak akan ke mana-mana....
Mak.... I LOVE YOU SO MUCH..... RINDU SAMA MAK.........


1 comments:
all the best din, Allah will always be with you :)
inshaallah ada tu peluang kerja yg baik, doa banyak2 :)
Post a Comment