Selamat Berjuang
Published by Putera_Sabah under on 04:12Singgah sebentar untuk ucapkan selamat berjuang dan semoga mendapat kejayaan…
Berjuang bersama hingga ke titisan dakwat yang terakhir…
Chaiyo…chaiyo

Singgah sebentar untuk ucapkan selamat berjuang dan semoga mendapat kejayaan…
Berjuang bersama hingga ke titisan dakwat yang terakhir…
Chaiyo…chaiyo

Syukur aku panjatkan kepada Yang Maha Esa atas limpahan kurnia-Nya memberi peluang kepada aku melangkah ke pentas akhir pertandingan pidato keselamatan dan mahasiswa anjuran UPNM.
Bermula pertandingan peringkat saringan di hotel residence UNITEN, aku mendapat rezeki ke pentas akhir di Sime Darby Convention Centre… Penganjuran dari UPNM memang amat mengagumkan…
Kalau nak kata aku tak sedih tak mendapat tempat diperingkat akhir, memang aku bohong la..tapi sememangnya aku berpuas hati kerana aku telah melakukan sedaya upaya dan aku tak kecewa…bukankah rezeki itu telah ditentukan-Nya…lagipun peserta-peserta malam tu memang hebat-hebat belaka…
Aku nak ucapkan terima kasih buat individu2 yang sudi berkongsi idea dan pengalaman pada aku…bermula pada Habibah, Myer, Syamsul, Fairuz dan Cik Rusniyati yang telah menolong aku memberi tunjuk ajar tentang pidato..tak lupa pada PENDETAR dan JJ yang memberi tunjuk ajar teknik persembahan, memberi sokongan dan lain-lain…
Buat peserta-peserta peringkat akhir Abang Amiruddin, Ikhwan, Tom, Firdaus, Kamaruddin dan Habibah…terima kasih gak atas tunjuk ajar sepanjang tempoh kuarantin…macam nak duduk exam jak share fakta hari tu…
Tahniah juga wat UPNM atas penganjuran yang membuatkan aku berasa diriku sebagai putera raja pada malam itu..tidak dilupa rombongan UNITAR yang datang 1 Bas bersama timb.naib canselor, staff dan semua kawan-kawan…sokongan kamu betul2 aku hargai…Buat family yang tak dapat tidur malam sebab merasakan betapa gementarnya diri ini malam tu…no word can describe..betapa semangat kalian menemani diri ini membuat persembahan…
Menjadi peserta pertama seumur hidup betul2 menggegarkan aku…apapun berbekalkan nasihat pegawai UPNM yang sempat memberikan sebotol air sebagai penenang katanya dapat mengurangkan debaran di dada… dan yang paling penting, apapun yang berlaku aku tidak kecewa dan aku bersyukur atas kurnia-Nya yang maha besar buat aku…
Kini tiba masanya untuk menumpukan sepenuhnya perhatian kepada final exam…aduhai…stress around my life dah…
Setibanya aku dilapangan terbang aku terus bergegas ke KL Central untuk mengikuti rombongan kem kaunseling UNITAR di Impian Country Resort, Hulu Langat.
TQ to Cikgu Shukri dan RK yang sudi mengambil aku tanpa sebarang bayaran dikenakan J
Penat memang tak terkata…dengan flight delayed lebih sejam…traffic-jam dan macam2 lagi cubaan yang aku terima sebelum tiba di Kem…
Akhirnya berbekalkan 2 biji panadol + 1 botol 100 plus…kekuatan dalam aku perolehi…
Setibanya aku kat kem kaunseling, kawan-kawan lain tengah mengikuti aktiviti night walking…fuh…syukur aku datang lambat…memang menggerunkan kata mereka…
Ada yang plastik sangat mengatakan aktiviti ini sangat best.haha
Anyway…kredit to pengarah program…Kak Munirah yang memang PLASTIK amazing handle program ni…
Tahniah juga buat semua AJK termasuk diri aku sendiri..wakaka…hmmm..malas nak taip panjang-panjang…biarlah gambar yang bercerita…wakaka
macam muka kena tagih hutang jak
anak-anak riang bermain air
pembentang spoilt lantaran bulu betis aku yang 'tertayang'
seksi kan aku atas batu belah batu terlingkup ni...
Jungle-tracking...kontroversi plak gambar malini ni..huhu
dapat hamper...yezzaaaa
sebelum bersurai...
sejuk..sejuk...
LDK malam
mission completed kat hutan
ni antara kenangan terindah aku untuk tahun ni...best moment la kiranya..harap2 tahun depan ada lagi kem camni...
Raya tahun ni aku sambut kat Kedah Darul Aman… Seronok sangat meskipun perasaan sedih mendatang dipagi Syawal lantaran berada jauh daripada keluarga yang tersayang. Aku hanya dapat kembali ke bumi kelahiranku pada hari raya keempat…masa tu mood raya dah pudar…apapun, keluargaku still menyimpan kuih-muih sumbangan abang dan kakakku yang uda kerja termasuklah kuih yang kakak dan adik-adikku buat sampai hangus…hehe… tapi cuti ni agak kelam-kabut sikit… anyway ni la sedikit gambar-gambar yang sempat aku candid masa raya tahun ni…
Bergambar bersama keluarga cik Mie
Penat tau aku masak lemang ni…sodap gilaaaa…hehe
Aduhai….Sekian lama, akhirnya berkesempatan aku bertandang semula dalam blog.
Inipun untuk seketika Cuma kerana ada 6 assignments yang sedang menanti…
InsyaAllah aku akan update… Esok kena attend NLP programme…
9.00am – 5.30pm….sem ni aku SANGAT PENAT…
InsyaAllah ada kesempatan aku update…Nantikan…hehe…trep sensasi plak….K rest time…~tutttt~